Saturday, 22 March 2025

Apa itu Tulisan Jawi dan Seni Khat dalam Era Digital ?

Tulisan jawi telah menjadi simbol penting dalam sejarah dan budaya Melayu-Islam. Seiring perkembangan teknologi digital dalam Revolusi Industri 4.0, seni khat Jawi tidak lagi terhad kepada kertas dan dakwat tetapi berkembang melalui penggunaan perisian digital dan aplikasi moden. Seni khat atau kaligrafi Arab merupakan seni penulisan yang memiliki sejarah unik.

Sebelum kedatangan Islam, seni khat sudah wujud dalam bentuk awal yang dikenali sebagai Khat Musnad atau tulisan gaya bebas. Namun, selepas Islam berkembang, seni khat mengalami evolusi dan melahirkan enam gaya utama iaitu Khat Nasakh, Thuluth, Riq‘ah, Farisi, Kufi dan Diwani.

Dalam dunia moden yang dipacu oleh Revolusi Industri 4.0, seni khat bukan sahaja kekal relevan malah berkembang melalui inovasi digital. Kemajuan ini memberikan peluang besar untuk memperkasa warisan seni khat dalam medium yang lebih luas, memastikan kesinambungan seni ini dalam dunia moden. Digitalisasi juga membuka ruang kepada generasi muda untuk menerokai seni khat dengan lebih kreatif dan inovatif.

Tahukah anda terdapat 6 jenis khat. Antaranya ialah:


Khat Nasakh


Khat Rik'ah


Khat Thuluth



Khat Diwani

Khat Farisi


Khat Kufi


Asas Menulis Abjad Jawi

Tulisan Jawi merupakan sistem tulisan yang berasaskan abjad Arab dengan tambahan beberapa huruf khusus untuk mewakili bunyi dalam bahasa Melayu dan ia telah digunakan sejak zaman Kesultanan Melayu sebagai medium utama dalam penulisan manuskrip, surat rasmi dan bahan bacaan ilmiah.

Cara Asas Menulis Huruf Jawi:

  • Huruf ditulis dari belah kanan ke kiri.
  • Setiap huruf mempunyai empat bentuk utama: berdiri sendiri, awal, tengah dan akhir.


Contoh bentuk huruf jawi bersambung di awal



Contoh bentuk huruf jawi bersambung dibelakang





  • Huruf tertentu seperti Alif (ا), Dal (د), Ra (ر), Wau (و), dan Ya (ي) tidak boleh disambung dengan huruf selepasnya.
Terdapat 37 huruf Jawi yang merangkumi huruf asal Arab serta tambahan huruf khas untuk bahasa Melayu.

Huruf Jawi,

Nama Huruf

serta Contoh Penggunaan dalam Perkataan

اAlifامان (aman)
بBaبارو (baru)
تTaتانم (tanam)
ثThaثلاث (salasa)
جJimجمبو (jambu)
حHaحديث (hadis)
خKhaخصوص (khusus)
دDalداتا (data)
ذZalذيکير (zikir)
رRaرحمة (rahmat)
زZaiزمان (zaman)
سSinساکو (saku)
شSyinشريکت (syarikat)
صSadصبح (subuh)
ضDadضياء (diya)
طTaطاعة (taat)
ظZaظاليم (zalim)
ع‘Ainعسکر (askar)
غGhainغاءيب (ghaib)
فFaفيکير (fikir)
قQafقوات (kuat)
كKafكارت (karat)
ڬGaڬورو (guru)
لLamلمان (laman)
مMimماکن (makan)
نNunننتي (nanti)
وWauواجب (wajib)
هHaهنتو (hantu)
ءHamzahاخلاص (ikhlas)
يYaيقين (yakin)
ڠNgaڠاڠا (nganga)
چChaچنتا (cinta)
ڤPaڤادو (padu)
ڢVaۏيديو (video)
ڽNyaڽيور (nyior)
ۏWaۏيسل (wisel)

Susunan Abjad Jawi Tradisional:



Persediaan Penulisan Khat

Untuk menghasilkan karya seni khat yang berkualiti, pemilihan peralatan yang tepat sangat penting. Terdapat beberapa peralatan penting yang digunakan untuk menghasilkan sebuah penulisan khat:

  1. Peralatan menulis

Setiap jenis pena dalam seni khat mempunyai keunikan dan kelebihannya tersendiri.

Pakar seni khat selalu menggunakan pena yang diperbuat daripada bahan semula jadi seperti buluh, resam, batang pinang dan kayu ijuk kerana ia menghasilkan goresan yang lebih halus. Walau bagaimanapun, penggunaan pena jenis ini memerlukan kemahiran khusus termasuk teknik mengasah, melicinkan dan menggunakannya dengan betul bagi menghasilkan tulisan yang sempurna.

Untuk pemula, pen khat marker adalah pilihan terbaik kerana lebih mudah digunakan dan tidak memerlukan penyediaan yang rumit. Pena ini tersedia dalam pelbagai saiz mata, seperti:

  • 1.0 mm (0.1 cm) – Untuk garisan halus dan tulisan kecil
  • 2.0 mm (0.2 cm) – Saiz sederhana, sesuai untuk latihan asas
  • 3.0 mm (0.3 cm) – Untuk tulisan lebih tebal dan jelas


        2. Kertas

Pemilihan kertas yang sesuai sangat penting dalam penulisan khat bagi memastikan hasil tulisan lebih kemas dan berkualiti. Sebaiknya, gunakan kertas yang tebal, licin, dan cepat menyerap dakwat untuk mengelakkan kesan comot atau dakwat merebak.

Antara jenis kertas yang sering digunakan termasuk:

  • Art Paper & Matt Art – Licin dan membantu menghasilkan tulisan yang lebih tajam.
  • Tracing Paper – Sesuai untuk latihan kerana memudahkan proses menyalin dan memperbaiki tulisan.
  • Kertas A4 (80 GSM ke atas) – Alternatif yang mudah didapati dan sesuai untuk latihan asas.

        3. Dakwat

Dakwat yang berkualiti memiliki kepekatan hitam yang maksimum, cepat kering serta menjadikan pergerakan tangan lancar semasa menulis. Selain itu, dakwat yang berkuakiti juga akan menghasilkan warna yang berkilat selepas kering, menjadikan tulisan lebih menarik dan kemas.




Contoh dakwat yang digunakan untuk menghasilkan khat


Kaedah Penulisan Khat Nasakh

Khat Nasakh merupakan salah satu gaya tulisan khat yang paling banyak digunakan kerana bentuknya yang kemas, mudah dibaca, dan tersusun rapi. Sejak zaman pemerintahan Abbasiyah, gaya ini telah digunakan dalam penulisan manuskrip Islam, termasuk al-Quran, kitab-kitab ilmiah dan dokumen rasmi.

Mari kita kenali ciri-ciri utama Khat Nasakh:

  1. Khat nasakh mempunyai bentuk huruf yang jelas kerana huruf nasakh tidak terlalu bersambung antara satu sama lain untuk memudahkan pembacaan.
  2. Keseragaman saiz dan ketinggian huruf nasakh berbanding khat lain, khat nasakh lebih teratur dan seimbang.
  3. Khat nasakh digunakan dalam cetakan moden iaitu banyak buku dan bahan bacaan dalam bahasa Arab menggunakan gaya ini kerana mudah dibaca.
  4. Khat nasakh bersifat fleksibel kerana sesuai untuk tulisan tangan dan juga digital.

Seterusnya, dalam konteks Revolusi Industri 4.0, Adobe Illustrator, CorelDRAW, dan aplikasi seperti Calligrapher memudahkan penulisan khat Nasakh dalam bentuk digital. Ini menjadikan khat lebih mudah dipelajari, dikongsi dan diadaptasi dalam media moden seperti e-book, poster dan reka bentuk interaktif.

Kaedah Penulisan Khat Rik'ah

Khat Riq‘ah merupakan salah satu gaya penulisan khat yang ringkas, moden, dan sering digunakan dalam penulisan harian. Ia diperkenalkan pada zaman Uthmaniyah dan menjadi tulisan standard bagi dokumen rasmi serta catatan peribadi.

Mari lihat pula ciri-ciri utama Khat Rik‘ah:

  1. Mudah dan pantas ditulis – Tidak mempunyai banyak lengkungan dan hiasan berlebihan seperti khat lain.
  2. Huruf bersambung secara ringkas dan menjadikan tulisan lebih kemas dan tersusun.
  3. Bentuk huruf kecil dan padat berbanding Nasakh, tulisan Riq‘ah lebih kemas menjadikannya sesuai untuk tulisan cepat.
  4. Sudut dan garis lurus yang tegas memberikan rupa tulisan yang moden dan profesional.

Penulisan Khat Digital dalam Era Revolusi Industri 4.0

Dalam era Revolusi Industri 4.0, teknologi memainkan peranan penting dalam memperkembangkan seni khat termasuk tulisan Jawi dalam bentuk digital. Kemajuan dalam reka bentuk dan aplikasi mudah alih membolehkan lebih ramai individu daripada kalangan generasi muda mendalami seni khat tanpa perlu bergantung sepenuhnya kepada alat tradisional seperti qalam dan dakwat yang mengambil masa untuk menguasai teknik penggunaannya.

Contoh Aplikasi untuk Khat Digital ?





Adobe Illustrator
Menyediakan alat Pen Tool untuk mencipta huruf khat yang tepat dan tersusun.
- Digunakan oleh pereka grafik untuk menghasilkan poster, logo dan ilustrasi berbentuk khat.






Procreate
Aplikasi lukisan digital yang sangat popular di kalangan seniman digital.
- Menyediakan pelbagai jenis berus khas yang boleh menyerupai qalam tradisional.







CoralDRAW
- Sering digunakan oleh pereka seni Islamik untuk menghasilkan khat dalam bentuk logo dan rekaan kain.





Apakah Kepentingan Mempelajari Khat dalam Era Digital ?

Mempelajari seni khat bukan sekadar menguasai tulisan indah tetapi membuka peluang untuk membina kreativiti dalam dunia digital. Dalam era Revolusi Industri 4.0, seni khat tidak lagi terhad kepada dakwat dan kertas tetapi berkembang melalui teknologi seperti aplikasi digital, AI dan realiti maya. Ini membolehkan generasi muda mengadaptasi seni warisan ini dalam reka bentuk moden, perniagaan serta platform global.

Melalui seni khat, seseorang dapat:

  1.  Meningkatkan kreativiti dalam menghasilkan reka bentuk tulisan yang unik.
  2.  Memelihara warisan budaya dengan mengadaptasi seni khat ke dalam dunia digital.
  3.  Menguasai teknologi moden dengan memanfaatkan aplikasi reka bentuk dan AI.
  4.  Meningkatkan fokus dan ketelitian dalam seni dan ekspresi diri.






Sekian, Terima Kasih !



Apa itu Tulisan Jawi dan Seni Khat dalam Era Digital ? Tulisan jawi telah menjadi simbol penting dalam sejarah dan budaya Melayu-Islam...